
25 MAC 2019– Lawatan tapak dan juga mesyuarat “Program Menggantikan Jambatan Uzur Untuk Tujuan Peningkatan Had Berat Muatan Kenderaan Perdagangan Di Semenanjung Malaysia” telah diadakan di Pejabat JKR Daerah Maran. Pihak Dura telah dijemput bagi membincangkan dan mengklasifikasikan setiap sudut berkaitan tentang projek jambatan Sg. Raia, Sg. Jempul, Sg. Kundang, dan Sg. Guntung dalam laporan bahagian kami . Pengarah Kanan Cawangan Jalan , Ir. Hj. Zulakmal bin Hj. Sufian mempengerusikan mesyuarat tersebut, turut dihadiri Ir. Atikah Zakaria, Ir. Siti Norleha Rasid (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan) , Sr. Hamidi Naimuddin (Ketua Penolong Pengarah), Pegawai bahagian HOPT dan Jurutera Daerah setiap projek iaitu Maran, Kinta dan Setiu dan lain-lain pegawai.
Sebelum mesyuarat bermula, kami melawat tapak di Sg. Jempul, Maran untuk melihat progress pembinaan tersebut. Setelah itu, kami semua menghadiri mesyuarat bertujuan untuk memberikan keterangan dan menyelesaikan isu-isu penting mengenai laporan kemajuan kerja, risiko , bahagian trafik dan lain-lain lagi.
“Mesyuarat Tapak yang diadakan secara berkala ini adalah untuk memastikan kerja-kerja di tapak tidak tergendala dan mengakibatkan kelewatan,” kata Tuan Pengerusi.
Projek pembinaan empat jambatan uzur yang bertempoh 24 bulan ini dijadualkan siap pada tahun 2020 dan kami harapkan semoga projek ini berjalan dengan lancar.